Wednesday, September 1, 2010

Jack Wilshere Ditahan


Bintang Arsenal dan England, Jack Wilshere telah ditahan pada subuh Ahad lepas berhubung satu insiden "kekecohan", menurut jurucakap untuk pemain tersebut.

Wilshere, yang masuk sebagai pemain gantian pada minit ke 84 semasa kemenangan 2-1 ke atas Blackburn, telah ditahan namun dibebaskan dengan jaminan.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Wasserman Media Group bagi pihak pemain berusia 18 tahun ini, berkata, Wilshere "hampir pasti" tidak akan berdepan dengan tuduhan.

Kenyataan tersebut menyebut: "Jack Wilshere telah ditahan polis pada awal pagi berikutan satu kekecohan namun dibebaskan kemudian dengan jaminan. Polis menyatakan dengan jelas bahawa beliau adalah saksi kepada insiden dan memainkan peranan sebagai pendamai dan hampir pasti tidak akan berdepan dengan sebarang dakwaan sebagai hasilnya. Jack menegaskan beliau akan memberikan kerjasama penuh dalam penyiasatan polis."

Wilshere mencipta debutnya bersama England dalam perlawanan persahabatan menentang Hungary awal bulan ini namun dinamakan dalam skuad Bawah 21 tahun untuk perlawanan seterusnya menentang Portugal pada 3 September dan Lithuania empat hari kemudiannya.

Dengan pasukan senior turut mengharungi perlawanan kelayakan Euro 2012 menentang Bulgaria dan Switzerland, banyak pihak sebenarnya menjangkakan beliau akan mengekalkan tempatnya dalam skuad penuh.

No comments:

Post a Comment